Quantcast
Channel: Rahel Blogspot
Viewing all 328 articles
Browse latest View live

CEKODOK JAGUNG

$
0
0
Salam.
Selamat pagi.Kira paling awal sudah ni upload resepi dan gambar.Semalam punya menu minum petang Cekodok Jagung.Sebut saja cekodok@cucur mesti ramai yang cakap ala senang saja baitu,main campak-campak saja bahannya pastu goreng.Memang betul la tu kalau sudah pro masak-masak,tapi bagaimana pula dengan adik-adik,kakak-kakak yang baru mau berjinak-jinak di dapur? Sudah tentulah mereka mahukan sukatan yang tepat juga.Macam saya dulu-dulu waktu baru mau berjinak-jinak di dapur segala2nya saya kena cari info,resepi cekodok pun saya google,paling teruja kalau nampak gambar cekodok bulat dan gebu,tapi skali buat...ahahaha...macam-macam bentuk ada.


Kali ni saya buat pulak Cekodok Jagung,biasanya buat cekodok pisang ja kan,tapi memandangkan saya ada stok jagung yang tak tau mo buat apa,simpan dalam esbok ja tapi takut lama-lama rosak pula.Sebenarnya sebelum saya buat resepi cekodok jagung ni,saya ada google resepi cekodok jagung juga,bukan main lagi bolat-bolat cantik pastu siap dengan testimoni yang bukan alang-alang dia punya ayat.Tertarik juga dengan resepi tu sebab nampak lain dari yang lain.Jadi mula2 saya pun buatlah juga ikut resepi google tu,tapi time asik menggoreng cekodok tu mula sudah rasa tidak senang hati,macam ada yang tak kena,tapi saya teruskan juga goreng sampai masak.Tidak kesabaran mau merasa cekodok konon,skalinya digigit..mak...gila punya liat..bukan rangup oo tapi liat gila..boleh tertanggal gigi kau rang.Nasib baik saya buat separuh saja,tapi semua selamat melayang ke tong sampah.Indah rupa dari rasa.Ramai pulak yang share resepi tersebut di facebook...insaf.Orang selalu cakap,bersyukurlah orang bagi resepi percuma,jangan buat bising komplen ini itu.Pada saya,takda maknanya ko bagi resepi percuma kalau setakat mau glamour tapi resepi ko haprak dan membuatkan orang membasir,sudahnya orang buat dosa dengan cara memaki.

Sebab sudah insaf,maka saya teruskan juga buat lagi cekodok tapi guna resepi lain.Pelan-pelan sukat bahan-bahan supaya senang share resepinya dengan anda yang rajin memasak.Buat cekodok bulat2 ni pun kena praktis juga baru boleh cun,tapi untuk permulaan kena guna sudu kecik pun boleh bah.Saya buat ni pun tidak cun bulat2nya sebab terlembik sikit adunannya,tapi dijamin cekodoknya gebu n tidak liat.Jom ikut resepi ni 👇

CEKODOK JAGUNG

Resepi by Rahel

Bahan-bahan:
135g jagung manis
250g tepung gandum
  90g gula pasir
      1 biji telur gred A
130g air
      1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus

Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara membuat:

1.Blend jagung,gula,telur,garam dan air hingga hancur.

2.Tuang adunan ke dalam basin.Tambahkan bahan kering (tepung,serbuk penaik,soda) Kacau rata.Akhir sekali,tambahkan minyak masak,gaul sebati.

3.Panaskan minyak,sudukan adunan ke dalam minyak panas,kalau pandai guna tangan lagi bagus sebab cekodok boleh jadi bulat2.Goreng dengan api kecik hingga cekodok keperangan.Angkat & toskan minyak.Siap.

Buat Cekodok Jagung ni saya guna jagung manis yang fresh punya,jagung tu saya rebus dulu n ambik isinya saja sebab konon mau buat untuk masakan.Anda boleh guna jagung manis dalam tin,toskan airnya (bukan jenis cream ya)

Selamat mencuba.



Terima kasih sudi singgah sini.

ONDE-ONDE KELEDEK OREN

$
0
0
Salam semua.Semoga ceria selalu.
Malam ni kita upload menu minum petang tadi,Onde-onde Keledek oren.Dekat seminggu juga terbiar keledek tu di dapur baru terbuat jadi onde-onde.Konon mau buat bubur cha cha,tapi terlupa beli keladi ungu.Mula-mula takda idea juga tapi bila diingat semalam ada beli kelapa parut di pasar malam,maka diusahakanlah buat kuih yang paling senang.Onde-onde la yang paling senang dibuat kan? Cantik kaler kuih ni walaupun tak letak pewarna.


ONDE-ONDE KELEDEK OREN
Resepi by Rahel

Bahan-bahan:
150g Keledek Oren
150g Tepung Pulut
  50g Tepung Gandum
1/2 st garam
140ml air paip

Gula Merah/Gula Melaka untuk inti,secukupnya

200g Kelapa parut putih

Cara membuat:

1.Kupas Keledek,potong kiub,kemudian rebus hingga empuk.Bila sudah empuk toskan airnya.Panas-panas terus lenyek hingga halus.Ketepikan.

2.Tepung pulut,tepung gandum,garam di satukan dalam basin,jirus dengan air,uli hingga jadi doh.Masukkan keledek tadi.Uli lagi hingga bercampur elok dengan doh.

3.Ambil sedikit doh,(saiz terpulang pada anda)bulatkan kemudian leperkan dan letak inti gula merah/gula melaka.Bulatkan kembali.Buat sampai habis.

4.Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.(lebih kurang 1 liter air)Masukkan bebola dan bairkan masak hingga bebola terapung.Angkat,toskan airnya,kemudian golek di atas kelapa parut.Siap.

Selamat mencuba.



Terima kasih sudi membaca.

NASI KUNING TAWAU

$
0
0
Salam ceria selalu😁
Hari ni gigih saya buat Nasi Kuning versi Tawau,kata orang Tawau bukan Nasi Kuning Tawau namanya kalau tiada serunding kelapanya.Oh ya,Nasi Kuning ni biasanya kami hidang dengan sambal ikan/ayam dan juga sambal tempe manis & telur rebus.

Masak nasi kuning ni pun sudah ada macam-macam cara,kira ikut keselesaan masing-masing la kan,yang penting kalau sudah masak jadi nasi kuning juga.Saya lebih selesa masak terus guna rice cooker,kalau mau nasinya peroi lebih elok di alihkan ke pengukus setelah dimasak guna rice cooker.Orang dulu-dulu pun memang ditanak nasi tu dulu baru di alihkan ke dalam pengukus,senang masak dan tidak cepat basi.


NASI KUNING TAWAU
Resepi by RAHEL

BAHAN UNTUK NASI KUNING:
500g beras wangi
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
3 helai daun limau purut
1 batang serai,diketuk
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam maggi
2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Memasak:
1.Beras dicuci bersih,kemudian toskan airnya.
2.Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker.Masaklah macam kalau korang masak nasi putih.Bila dah mendidih kacau nasi,kemudian teruskan masak hingga air kering.

SAMBAL IKAN

Bahan-bahan:
450g ikan tuna sirip kuning,perap dengan garam & jus asam limau.Goreng ikan hingga masak.

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia,dihiris
1 batang serai,dihiris
20 tangkai cili kering (sy guna cili kering keriting)
sedikit gula pasir
1 biji limau kasturi,diambil jusnya
1/2 cawan air panas
Garam secukupnya

Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik minyak.Perasakan dengan garam,gula dan asam limau.Tambahkan air panas.(ni supaya sambal tdk kering kontang)
2.Masukkan ikan goreng.Kacau sehingga ikan sebati dengan sambal.

NOTA:
Jika korang suka banyak sambal,korang kena doublekan bahan2 sambal.(bahan kisar) sebab biasanya orang jual nasi kuning letak sambal banyak2 kan? ikannya kecik saja tapi sambalnya banyak meleleh..hahah giteww..

Bahan sampingan yang korang kena siapkan ialah;Telur rebus,Timun & Kerupuk


SERUNDING IKAN & KELAPA

Bahan-bahan:
4 ekor ikan termenung,direbus kemudian ambil isinya saja
250g kelapa parut putih
1 cawan santan
1 biji limau kasturi,ambil jusnya
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil gula pasir
3 helai daun limau purut
Garam secukupnya

Bahan untuk dikisar:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering,cuci bersih
1 batang serai,dihiris
1 inci lengkuas,dihiris

Cara membuat:
1.Isi ikan ditumbuk hingga halus.
2.Masukkan semua bahan ke dalam kuali,masak dengan api perlahan sehingga kering.(ambil masa memasak lebih kurang 40 minit)

NOTA;
Anda boleh guna ikan kembung atau ikan tuna
Sekiranya takda ikan,anda boleh abaikan part ikan tu dan buat serunding kelapa sahaja,tapi bahan2 lain jangan diskip ya.



SAMBAL TEMPE MANIS

Bahan-bahan:

1 bungkus Tempe (200g),dipotong,kemudian goreng hingga garing.
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
7 tangkai cili kering
1 sudu kecil kicap manis ABC
1 sudu makan gula pasir
Garam secukupnya

Cara membuat:
1.Kisar bawang,cili kering sehingga hancur.

2.Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan kisar hingga naik minyak.Perasakan dengan kicap manis ABC,gula & garam.

3.Tambahkan tempe goreng tadi.Kaup balik hingga sebati dengan sambal.

SAYA HARAP KOMPLIT SUDAH RESEPI YANG SAYA TAIP NI,SEMOGA TIADA BAHAN2 DAN CARA MEMBUAT YANG TERLEPAS PANDANG.

SELAMAT MENCUBA.

SNOW CHEESE CAKE

$
0
0
Salam ceria😄😄
Harap korang sabar menunggu saya upload resepi kek snow cheese ni.Sudah 3 hari bertenggek di facebook jadi mesti ramai sudah yang tertunggu-tunggu sebab saya pun sudah janji mo share dalam blog masakan ni.Kek Snow Cheese ni sudah bertahun-tahun bah viral kan? tapi kita tidak pandai jemu makan,boleh dikata sentiasa ada permintaan bah.

Kalau cakap bab kek snow cheese ni kita memang guna kek span sahaja dan dilepa dengan cream cheese yang lemak berkrim kemudian last di atas tu ditabur parutan cheddar cheese yang masin-masin lembut gitu.Tak pernah lagi saya buat kek snow cheese guna Kek CHEESE dalamnya,itu minta puji namanya,walau macam mana pun boleh juga dibuatkan begitu tapi harganya sendiri mo fahamlah,bukan biasa-biasa.Selera ko tinggi kan? maaf la kepada yang terasa tu,siapa suruh tanya saya begitu begini.Kalau mood saya bagus time tu saya jawab baik2 ja.

Ok lah,ni kali saya buat kek span perisa pandan pula,uda selalu sangat guna kek span vanila kan,so kena giliran korang pula buat.Buat ikut selera masing-masing.Oh ya,kek span tu sebenarnya boleh ja dibahagi kepada 3 layer,tapi saya buat 2 layer sahaja.Ikut suka hati kamu la.Sedap kek ni tau.

KEK SPAN PANDAN
Resepi by Puan Noraini Zakaria
Sumber;Panduan Membuat Kek

Bahan:
120g gula kastor
 15g ovalette
250g telur (5 biji telur gred B)

130g tepung superfine}
1 sudu teh serbuk penaik }~~~~diayak

40g air }
1 sudu teh pandan paste}~~~~~ disatukan

70g minyak masak @ minyak jagung

Cara membuat:

1.Gula dan ovalette di satukan.Gaul rata dengan sudu agar ovalette tidak terlalu berketul.

2.Masukkan telur.Masukkan tepung yang telah diayak.Putar perlahan hingga rata.Kemudian tukar kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu lebih kurang 5-6 minit.

3.Tuang air pandan paste.Putar adunan sebati.

4.Masukkan minyak dan putar perlahan selama 3 minit.Gaul dengan senduk pula jika adunan belum sebati.

5.Tuang adunan dalam loyang.Bakar kek pada suhu 170
C selama lebih kurang 45-50 minit.

6.Setelah masak,terlangkupkan loyang pada redai selama 3 minit supaya kek tidak mendap.Keluarkan dan terbalikkan kek.Sejukkan dahulu sebelum digunakan untuk membuat kek bersama hiasannya.

7.Setelah kek span sejuk,potong kepada dua bahagian atau 3 bahagian.Kemudian lepa setiap lapisan kek dengan Cream Cheese.Akhir sekali,tabur Cheddar Cheese Parut di atas kek.

8.Simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 3 - 5 jam.Enak dimakan ketika dingin.

NOTA:
Untuk kek span Vanila,gantikan pandan paste dengan 1 sudu teh esen vanila.

VIDEO


CREAM CHEESE
Sumber:Hasue 
Resepi by Anna Qawina

Bahan:
250g Whipping Cream~(vivo/value)
250g cream cheese
 60g gula icing
110g mentega
2 titik lemon paste,(i skip)

120g Cheddar Cheese parut

Cara membuat:

1.Pukul whipping cream hingga kental,ketepikan.

2.Dalam bekas lain,pukul cream cheese bersama semua bahan lain hingga berkrim.

3.Satukan whipping cream tadi bersama cream cheese,gaul sebati,boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.Siap.Bolehlah lepa kek.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi singgah sini.

PUKIS

$
0
0
Hi😊
Bersiaran kami ini malam sebab inda' mau terlupa upload resepi lagi.Mendung saja dari pagi hingga ke petang di Kita Kinabalu,lepas tu hujan pula,jadi macam tidak sah kalau tidak pi selongkar gugel.Mencari resepi kudapan di petang hari.Teringat pulak dengan kueh pukis yang enak tu.Maka misi kali ni ialah mencari resepi pukis yang empuk dan enak.Saya tertarik dengan resepi yang ini sebab siap ada testimoni lagi.Setelah dicuba hasilnya memang tidak menghampakan.Secukup rasa dan menjadi sangat.Happy la😉


PUKIS
Resepi oleh Magda

Bahan:
250g tepung kek
180g gula pasir
3 biji telur A/B
300ml susu cair + 1/2 st garam
50ml mentega,dicairkan

Bahan Biang:
1 sudu teh yis
50ml air suam
25g tepung kek

1 sudu teh pandan paste (yg ni sy sendiri yg tambah)
1 sudu teh esen vanila ( yg ni sy sendiri yg tambah)

Cara membuat:
1.Siapkan biang terlebih dahulu,satukan bahan biang,bancuh sehingga tercampur rata.Ketepikan selama 15 minit.

2.Pukul gula pasir dengan telur sehingga pekat selama lebih kurang 3-4 minit.Tambahkan pandan paste,esen vanila,kaup balik hingga bercampur rata.

3.Setelah itu masukkan tepung kek berselang seli dengan susu cair.Kaup balik hingga sebati.

4.Kemudian masukkan pula bancuhan biang tadi.Kauo balik hingga sebati.

5.Akhir sekali,masukkan mentega cair.Gaul hingga sebati.Perap adunan selama 1 jam.

6.Panaskan acuan pukis,kemudian sapu dengan minyak.Tuang adunan pukis hingga 1/2.Tutup dan biarkan hingga masak lebih kurang 4 minit.Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba.



Terima kasih.

MIHUN TOM YAM

$
0
0
Salam😊
Selamat melangkah ke tahun 2019.Semoga kita sentiasa diberi kesihatan,kekuatan,kebahagiaan dan rezeki yang melimpah.Aamiin.

Menu pertama yang berjaya diambil gambar setelah melangkah ke 2019 ialah Mihun Tom Yam.Banyak kali juga masak2 lauk ini itu tapi takda mood lagi ambil gambar.

Skarang ni selera saya mahu makan yang berkuah saja atau masakan yang bersup,jadi saya memilih tengok-tengok buku resepi Chef Hanieliza iaitu Senangnya Memasak Mi,Mihun & Kuetiau.Banyak resepi best dalam buku tersebut.Kali daku berkenan dengan Mihun Tom Yam.Bila teringat Tom Yam Goong yang dimakan di reatoran hari tu memang power banget.Saya ada juga google tapi kebanyakan guna pes ready made.


MIHUN TOM YAM
Resepi by Chef Hanieliza
Sumber: Senangnya Memasak Mi,Mihun & Kuetiau

BAHAN A:
1 paket mihun(direndam dan tuskan)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang putih (diketuk)
100g bunga kubis (dipotong kecil)
2 biji tomato,dibelah 6
1 pokok daun ketumbar,dihiris
2 biji limau nipis,diambil jusnya
3 sudu makan minyak masak

BAHAN B:(KUAH)
500g ayam,dipotong kecil
1 batang lobak merah,dipotong pendek
2 batang serai,diketuk
8 biji cili api,diketuk
2 kiub pes tom yam
3 helai daun limau purut,dikoyakkan
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1.Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu.

2.Masukkan semua bahan B dan tuangkan air secukupnya.Masakkan sehingga mendidih.

3.Masukkan bunga kubis dan tomato.Biarkan mendidih dan tutup api.Perasakan.

4.Ambil sedikit mihun dan masukkan ke dalam pinggan.

5.Tuangkan kuah tom yam dan hiaskan dengan daun ketumbar dan limau nipis.

Selamat mencuba.

NASI GORENG NANAS

$
0
0
Salam😊
Tadi baru ja post mihun tom yam,sakarang tayang nasi goreng pula..hehehe.Sedap bah nasi goreng nanas ni.Banyak lagi resepi nasi mau dicuba lepas ni.


NASI GORENG NANAS
Resepi by Chef Hanieliza
Sumber:Edisi ke 2 Senangnya Memasak Nasi

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih,diperoi
2 ulas bawang putih)
3 ulas bawang merah)--dihiris
100g sotong dipotong kecil
100g udang dibuang kulit
100g kacang panjang dipotong pendek
1 batang lobak merah dipotong dadu
1 biji cili merah dicencang
1 biji telur dipukul sedikit
1 sudu makan sos ikan
1/2 cawan nanas di dalam tin,diasingkan airnya
2 sudu makan marjerin
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.Panaskan marjerindan tumiskan bawang merah dan bawang putih.

2.Masukkan sotong,udang,kacang panjang,lobak merah dan cili merah.Kacau rata.

3.Masukkan telur dan biarkan masak sedikit baru dihancurkan.

4.Masukkan nasi,garam,sos ikan dan nanas.Kemudian kacau rata.

5.Panaskan api dan taburkan hirisan daun bawang.

6.Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Terima kasih sudi membaca.

BISKUT PISANG

$
0
0
Salam semua dan selamat petang.Gigih saya buat biskut untuk kudapan di petang hari.Dari jauh kelihatan bentuk biskut samperit tapi tuan punya resepi bagi nama Biskut Pisang.Mungkin sebab ada letak esen pisang dalam adunan kan?.Texturenya gebu dan cepat hancur dalam mulut.Sedap juga digandingkan dengan minuman panas.Time saya tangkap gambar ni pun inda' sedar berkeping2 sudah masuk mulut🤣Layankan ja tekak ni.

BISKUT PISANG
Resepi by Hajah Fauziah Jusoh
Sumber:Saji,Jun 2015

BAHAN:
90g mentega
103g tepung gandum
40g tepung kastard
15g tepung jagung
25g gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu besar esen pisang

CARA:
1.Satukan kesemua bahan di atas dan uli sehingga doh lembut.

2.Gunakan acuan tart nanas,masukkan dan tekan adunan memanjang.

3.Bakar pada suhu 160°C selama 25-30 minit.

Selamat mencuba



HAPPY BIRTHDAY TO ME

$
0
0
Salam ceria selalu😍
Tak sempat lagi buat kek sempena birthday sendiri😊semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki serta umur yang panjang.Aamiin.

CHEWIES BANANA OAT

$
0
0
Salam😍
Slow saja tuan tanah upload apa2.Lagi2 skarang ni macam ada dekat sudah aura bulan puasa😊Semua pada sebok upload biskut raya di status masing-masing.Ada juga yang tengah promot tempahan biskit raya,so kita pun tak ketinggalan,pelan-pelan pilih resepi mana yang mau dibuat untuk tempahan raya nanti.

Pagi tadi saja kita buat kudapan ni untuk alas perut.Makan ketika suam-suam memang enak.Dalam resepi ada syorkan hidang dengan saus coklat tapi part tu kita skip.Terlampau banyak kalori pun tak baik untuk kesihatan😀Makan begitu saja pun sudah cukup enak.Kalau budak-budak memang kesukaan jika dijirus dengan saus coklat.

Bila sudah siap bakar dan potong tetiba teringat kalau la letak kurma or kismis or kranberi memang tambah menawan.


CHEWIE BANANA OAT
Sumber:Oats Delicieux (Evelyn Tai)

Bahan A:
140g butter
  90g brown sugar
2 tbsp honey

Bahan B:(mix hingga sebati)
340g quick oats (sy guna oat meal instant)
  20g bijan,sangai
1 tsp baking powder
1/4 tsp serbuk cinnamon

Bahan C:
3 biji (160g-180g) pisang,dilenyek halus

Cara membuat:(siapkan loyang square 9 inci)

1.Satukan bahan A dalam periuk.Panaskan hingga butter cair.Angkat dan biar suam.

2.Tuangkan bahan A ke dalam bahan B.Gaul mesra.

3.Masukkan pula pisang lenyek tadi.Gaul hingga sebati.

4.Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik baking paper.

5.Bakar pada suhu 170°C selama 40 minit.Setelah masak,keluarkan dari oven dan biarkan dalam loyang sehingga suam2 baru telangkupkan ke atas papan dan bolehlah dipotong sesuai selera.Jika rajin,jirus dengan saus coklat.Enak dinikmati ketika suam2.

Tekstur macam Congo Bar.Sedap tau😘

Selamat mencuba.



Terima kasih sudi singgah blog kita😍

KOKO ALMOND BUTTERSCOTCH

$
0
0
Salam semua😍
Terjumpa lagi resepi biskut yang sedap.Boleh buat ni untuk tempahan nanti😉mana la tau ada orang yang terlebih rajin kan😀Ramai sudah geng bakers yang start buat promosi biskut raya.Kita pun tengah memilih resepi untuk tempahan biskut raya 2019.Harap-harap badan sentiasa cergas time tu😘

Ok la,berbalik pada biskut almond ni memang sedap tau.Korang yang suka makan kekacang dan butterscotch memang confirm tersuka,tadi pun tidak sedar termakan beberapa biji sudah😀terlupa control makan seketika😁


KOKO ALMOND BUTTERSCOTCH
Sumber:Saji

Bahan-bahan:
110g mentega
  90g gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh serbuk koko (3g)
200g tepung gandum

Hiasan:
1 putih telur
150 kacang Almond,dibakar,cincang .
100g Coklat Butterscotch

Cara membuat:
1.Sebatikan mentega,gula aising,telur dan esen vanila.Tambahkan serbuk koko dan tepung gandum.Uli jadi doh.Kemudian sukat doh guna 1/2 sudu besar.Bentuk bulat-bulat.Celup ke dalam putih telur kemudian golek di atas Almond cincang tadi.Kemudian susun dalam tray.Tekan di tengah hingga membentuk perigi.

2.Bakar biskut pada suhu 165°C selama lebih kurang 30 minit.

3.Setelah biskut masak,biarkan sejuk sepenuhnya.

4.Double boil Chocolate Butterscotch hingga cair.Masuk dalam piping bag.Paipkan coklat ke atas biskut.Setelah cokklat keras bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

1 adunan boleh menghasilkan 50 biji biskut.

Selamat mencuba😘


TEPUNG GOMAK

$
0
0
Morning😉
Pagi ni baru sempat masukkan resepi kuih gomak.Ini sebenarnya hidangan untuk minum petang semalam.Bukan rajin sangat pun buat kuih yang satu ni,tapi memandangkan ada juga bahan2nya dalam esbok jadi dikerjakanlah.

Biasanya kitaorang main beli saja kuih gomak ni di tamu😊my darling yang suka makan.Kalau pergi tamu biasanya saya lebih suka beli kuih talam,bingka,apam gula merah,onde2,kuih bom.Oklah..jom kita tengok pula resepi tepung gomak ala Rahel 👇


TEPUNG GOMAK

250g kacang hijau di sangai hingga kuning.kemudian kisar halus,ayak.

INTI KACANG:
150g kacang tanah,bakar dlm oven atau goreng
  50g gula caster
1 sudu besar minyak masak

Cara membuat inti:
1.Kisar halus kacang tanah yg telah dibakar/goreng.
2.Setelah dikisar,tuang ke dalam mangkuk,gaul dengan gula caster dan minyak.Bulat2kan supaya senang bungkus dengan tepung nanti.

Kulit Tepung:
150g tepung pulut
125ml air (lebih kurang)

Cara membuat:
1.Letak tepung pulut dalam mangkuk.Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli.Bahagikan kepada beberapa bahagian (terpulang anda nak saiz besar or kecil)

2.Bulat2kan doh,kemudian leperkan dan letak 1 ketul inti kacang.Kemudian bulatkan kembali.Kemudian tekan bebola hingga leper.

3.Panaskan 1 liter air hingga mendidih.Masukkan bebola.Tunggu sampai bebola naik terapung.Angkat dan toskan air.Segera golek ke dalam tepung kacang hijau.
Siap.
Terima kasih sudi singgah😍

SENARAI BISKUT RAYA 2019

$
0
0
Salam😍
Tidak terasa masa berlalu dengan cepat.Tidak lama lagi kita menyambut bulan puasa.Semestinya Rahel tidak ketinggalan untuk membuat Biskut Raya yang sedap-sedap😊 Kepada semua pelanggan Biskut Raya Home Made by Rahel sila pilih biskut kesukaan kamu.Semua biskut ni guna bahan-bahan premium,diadun guna pure butter.Tempahan dibuka kepada pelanggan yang berada di area Tawau sahaja.



1.Samperit Cheese

Siapa yang tidak kenal biskut samperit ni kan,biskut yang sentiasa ada penggemarnya.Sebenarnya jarang juga open order tapi sentiasa ada permintaan.Maknanya sedap la tu😍Samperit Cheese ni terbuat dari Pure Butter,Parmesan Cheese,Tepung Gandum,Tepung Kastard,Tepung Jagung,Gula & Telur 👇



2.Coconut Bar

Ni adalah resepi terbaru tahun ni (2019) Jika anda peminat kelapa confirm anda suka sebab biskut ini memang sedap.Coconut Bar terbuat dari Pure Butter,Gula,Telur,Kelapa,Oat,Tepung Jagung,Tepung Gandum dan White Chocolate😍👇


3.Cadbury Heaven

Sebut saja Cadbury memang kita terus terbayang coklat yang paling sedap dan nyaman sebab itu diberi nama Cadbury Heaven😍 Paling siok gigit manja sebab teksturnya rapuh dan cair dalam mulut.Cadburynya pula punya la nyaman😘 Cadbury Heaven terbuat dari Pure Butter,Gula,Tepung Gandum,Tepung Jagung,Cornflakes halus,Nestum,Telur & Cadbury Milk👇


4.Biskut Arab

Resepi orang dulu-dulu yang masih ramai peminatnya,tapi baru tahun ini Rahel open for order.Ini juga salah satu resepi terbaru dari Rahel dalam 2019.Biskut Arab ini tekstur gebu dan cair dalam mulut.Saya pasti ramai peminat biskut gebu 😘 Biskut Arab terbuat dari Ghee,Planta,Gula & Tepung Gandum 😍 👇


5.Ceri Cornflakes

Biskut yang satu ini memang sudah lama juga orang buat tapi kita ja yang selalu skip😀 Teksturnya yang rangup manja gitu bikin geram.Bahaya kalau sambil tengok tv sambil hadap biskut ceri cornflakes.Sekelip mata boleh habis😀Saya suka sangat makan😆 Ceri Cornflakes terbuat dari Ghee,gula,telur,cornflakes,tepung jagung,tepung gandum dan Ceri Merah😘 👇



6.Bangkit Cheese

Nah..ini dia bangkit cheese yang semakin hari semakin banyak peminatnya.Saya pun suka sangat makan.Tekstur yang ringan dan senang cair dalam mulut.Jika anda suka makan biskut bercheese,sah anda pastinya suka makan Bangkit Cheese.Ni pun boleh lesap sekelip mata kalau tidak pandai kontrol😀 Bangkit Cheese terbuat dari  Pure Butter,Gula,Telur,Cheddar Cheese,Tepung Ubi Kayu,Tepung Jagung dan Tepung Gandum😍 👇


7.Chocolate Chips

Sebut saja Chocolate Chip pasti ramai yang suka.Hari-hari boleh layang choc chip.Kadang sarapan pun layan juga choc chip,duduk online pun layan choc chip.Bikin geram bah😀 Choc Chip kami terbuat dari Pure Butter,gula perang,telur,tepung gandum,koko,almond nib,choc chip & bahan rahasia 😍 👇


8.Tat Nenas

Kalau cakap bab Tat Nenas,terus terbayang pastry gebu dan jem nenas yang masam manis.Yang ini pun memang sentiasa paling top setiap tahun,bahkan bukan time raya pun masih ramai yang order untuk makan2 sendiri di rumah.Tart Nenas terbuat dari Ghee,Pure Butter,Gula,Tepung Gandum,Tepung Jagung,Tepung Kastard,Susu Tepung,Telur & Jem Nenas😍👇


9.Makmur

Biskut Makmur ini pun sentiasa ada permintaan,tak payah tunggu hari raya ada ja yang tempah.Saya pun kadang buat untuk sendiri makan😀 Biskut Makmur by Rahel tekstur gebu dan cair dalam mulut.Dalam ada inti kacang tanah kisar.Memang nyaman😘 Makmur terbuat dari Ghee,Tepung Gandum,Gula & Kacang Tanah😍👇


Terima kasih.Untuk tempahan,sila tengok harga di setiap gambar biskut.Situ pun ada letak no wasap yang anda boleh hubungi.Kalau berminat mau order segera wasap ya,jangan berlengah2 sebab kami boleh close order bila2 masa jika orderan sudah penuh.Kedudukan di area Tawau saja bah😍

Nutella Chocolate Chip

$
0
0
Salam😘
Masih belum terlambat kan kalau ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.Terlampau sebok sampai terlupa blog kesayangan beta😉

Nutella Chocolate Chips pula kita layan hari ni.Memang sedap dan berbaloi.Bahaya oh🤣boleh habis sekelip mata😀Terima kasih banyak kepada Iza Akma sebab sudi kongsi resepi.Moga dimurahkan rezeki selalu.Korang yang ketagih makan chocolate chip tu boleh la cuba resepi ni.Dijamin puas hati.


Nutella Chocolate Chip
Sumber: Iza Akma

Bahan A:
200g Butter
  50g shortening
  40g Nutella
  60g Gula Caster
  90g Gula Perang
1 tsp Esen Vanila
1 biji telur gred C
Secubit garam

Bahan B:
330g Tepung Gandum}
  10g Serbuk Koko}
1 tsp Baking Powder}
1 tsp Soda Bikarbonat}~~~diayak bersama
  30g Coffee-matte

Bahan C:
100g Chocolate Chips
100g Chocolate Button white~patahkan kecil2
  80g Almond Nibs~bakar dahulu
  60g Cornflakes~ramas kasar

Caranya:

1.Satukan dan gaul bahan (B) yang diayak dg coffee matte beserta bahan (C),ketepikan.

2.Pukul semua bahan (A) dengan senduk kayu hingga sebati.Masukkan campuran bahan (B) dan (C) tadi.Gaul hingga jadi doh lembut.Sudukan atau punjut-punjutkan adunan dengan hujung jari ke dalam dulang pembakar.

3.Bakar pada suhu 160°C selama 40 minit.

Selamat mencuba😊


Terima kasih sudi membaca blog kita😘

AYAM PALEKKO'

$
0
0
Salam😘
Masih dalam mood raya kan? Jadi boleh lagi masak-masak lauk kegemaran.Ayam Palekko' ni salah satu menu wajib juga yang perlu ada ketika musim raya di rumah suku Bugis.Selalu juga dihidang bersama Burasa' atau Tumbu',tapi raya tahun ni kita takda buat pun,ni semua gambar tahun lalu punya😀🤣baru teringat ni hari mau masukkan resepi dalam blog😆Jika korang rajin masak,silahkan mencuba.Dijamin menjilat jari makan😘



Ayam Palekko'
============

Resepi By Rahel😘

Bahan-bahan:
1kg Ayam,bersihkan & potong seauai selera
1 sudu makan asam jawa,bancuh dg sedikit air
*satukan ayam dg asam jawa,ketepikan

Bahan kisar:
5 inci lengkuas,dipotong nipis
5 inci halia,dipotong nipis
2 batang serai,ambio putih saja,potong nipis
1 inci kunyit
2 biji buah keras
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 lembar daun limau purut
1 genggam cili padi
5 buah cili merah
*kisar bahan di atas hingga halus,kecuali daun limau

1 cawan air

Perasa:
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Aji shio secukupnya

1/4 cawan minyak masak (secukupnya)

Cara memasak:
=============

1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.

2.Masukkan ayam beserta air asam,daun limau & 1 cawan air.Tambahkan perasa.Masak hingga naik minyak & ayam empuk.

Sedia dihidang.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi membaca😘


MI KARI

$
0
0
Salam😊
Hidang Mi Kari kita hari ni.Lama sudah niat mau buat ni tapi asik tertangguh saja.Kalau mau sangat makan biasanya pergi restoran saja membeli.Baru2 ni pi makan mi kari di satu tempat tu tapi keciwa sikit sebab tak padan dengan harga 8.50 semangkuk,konon mi kari ayam tapi ayamnya sejemput ja pastu tauhu poknya tu liat betul,susah mau dikunyah,pelik tauhu pok liat...adoii.Dalam satu mangkuk hanya ada mi kuning sikit + ayam sejemput + tauhu pok liat + secubit daun ketumbar tu yang dicaj RM8.50😁

Hari ni daku merajinkan diri masak mi kari.Punya la senang.Ingatkan leceh😊Resepi kali ni daku guna resepi Chef Hanieliza,memang marvelous dan sangat puas hati makan.Kuahnya tu sedap dan kaw2.Ku hidang untuk makan tengah hari tadi.


Mi Kari
=======
Resepi by Chef Hanieliza
Sumber:Senangnya Memasak Mi,Mihun & Kuetiau

Bahan A:
1 paket mi kuning (dicelur dan toskan)
1 cawan tauge (dibuang akar)
Sedikit bawang goreng
2 keping tauhu goreng }
2 tangkai daun bawang}~dihiris
2 tangkai daun sup}
2 biji cili merah}
3 biji limau kesturi ataupun limau nipis

Bahan B:
2 batang serai}
1 inci halia}
1/2 inci lengkuas}~~dikisar
5 biji bawang kecil}
2 ulas bawang putih}
2 sudu makan cili kisar
3 sudu makan rempah kari (dibancuh dengan sedikit air asam jawa)
1/2kg ayam (dipotong kecil)
1 keping kek ikan (dihiris nipis)
100g bebola ayam
200g udang
5 cawan santan
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuat:

1.Bagi membuat kuah,tumiskan bahan yang dikisar dan cili kisar sehingga wangi.Masukkan rempah kari dan kacau sehingga pecah minyak.

2.Masukkan ayam,kek ikan,bebola ayam,udang dan santan.Masakkan sehingga mendidih.(masak)

3.Hidangkan bersama bahan A.

Macam yang korang nampak dalam gambar,saya masak kuah dengan ayam sahaja,kemudian saya hidang dengan tauge,tauhu pok,ayam,cili padi,bawang goreng dan daun ketumbar.Buat ikut apa yang ada di dapur.Tak perlu stress sangat😘santan kotak saya guna 1 1/2 kotak mix dengan air jadikan 5 cawan.Memang kaw2 dan sedap banget.

Selamat mencuba.



Terima kasih sudi membaca😘

Egg Tarts Hong Kong Style

$
0
0
Salam😘
Agaknya ada yang setia menunggu resepi dari semalam kan? Semalam saya ada post gambar egg tart di fb dan cakap "kalau menjadi kita share resepi kalau tak menjadi kita diam2 makan"😀

Jelas gambar ni bukan egg tart yang semalam tu😂sebab yang semalam tu makcik tersenggol bucu meja tempat oven duduk,apalagiiii tertumpah filling tart tu ke dulang...meleleh habis o 🤣🤣sedih pun ada pembaziran pun ada juga.

Ok la,Egg Tart Hong Kong ni saya buat balik hari ni sebab lama sudah dapat resepi jadi tidak sah kalau tidak dibuat.Hasilnya boleh tahan tapi kelamaan berjaga depan oven mungkin sebab bancuhan filling tu agak cair dan takda letak tepung kastard so egg filling lambat set.Saya buat separuh adunan ja,dapat la 11 ketul egg tart saiz 7cm.Hasilnya macam yang korang nampak dalam gambar ni 👇👇👇👇👇


Egg Tarts Hong Kong Style
Resepi by: Agnes Chang
Sumber:Yum Yum 2016

Bahan Pastry:(22pcs saiz 7cm)
250g Butter
100g gula icing
2 biji telur
1/2 st esen vanila
500g tepung gandum

Cara membuat pastry:
1.Pukul butter dengan gula icing sehingga sebati.Masukkan telur & esen vanila.Pukul sehingga bercampur rata.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh.Rehatkan doh selama 30 minit dalam peti sejuk.

3.Tekankan doh ke dalam acuan tart.Bakar tart selama 30 minit pada suhu 170°C.

4.Setelah tart masak,keluarkan dari oven.Ketepikan dahulu sambil tu kita bancuh filling pulak.

Nota:
Resepi asal tak perlu bakar kulit tart terlebih dahulu.Cuma saya ja yang pandai2 bakar kulit tart terlebih dahulu.Sebaiknya lepas tekan doh ke dalam acuan dah boleh tuang filling then terus bakar.

FILLING:
130g Gula Pasir/gula caster
300ml air panas/mendidih
4 biji telur
150ml full cream milk
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Bancuh gula dengan air panas sehingga gula larut.Ketepikan sehingga air gula sejuk.

2.Pukul manja telur,masukkan air gula,full cream milk,esen vanila dan gaul mesra.Tapis bancuhan telur supaya tidak berbuih.

3.Sediakan kulit tart (jangan tanggalkan dari acuan)kemudian tuang bancuhan telur sehingga 90% penuh.

4.Bakar dalam oven pada suhu 180°C sehingga masak.(yg ni kita kena berjaga depan oven la😀)

5.Untuk pastikan egg tart da masak,ambik cucuk gigi then cucuk la,kalau lidi yg keluar tu bersih maknanya tart kita dah masak.

6.Keluarkan egg tart dari oven.Biarkan sejuk baru kita tanggalkan dari acuan.Letaklah dalam paper cup dan hidang.

Selamat mencuba.

NOTA:
Egg Tart kena betul2 sejuk baru sedap dan texture pun elok.Tart ni saya bakar guna api atas dan api bawah.Suhu oven saya 160°C then bakar lebih kurang 40 minit.Cara saya cek egg tart  ialah ketuk2 manja acuan tart,bila permukaan tart sudah tidak bergoyang maknanya tart dah ready untuk keluar dari oven.Biarkan hingga agak2 suam kemudian telangkupkan acuan untuk keluarkan egg tart then bagi betul2 sejuk baru makan.


Terima kasih sudi singgah membaca 😍



KUEH SIPUT

$
0
0
Salam😊
Kira lama juga baru buat lagi kudapan yang satu ni.Saya bukan peminat kuih siput,cuma teringin ja buat setelah ternampak resepi di buku.Lagipun nampak mudah bahannya,buatnya pun tidak rumit.Saya siap ambik video lagi dan post pi you tube,mana la tau ada yang kepingin juga membuat kan? Nanti saya share link videonya ya.Harap bersabar menanti.


KUEH SIPUT
Resepi by : Irene Ho
Sumber:Nostalgic Kueh Recipes

Bahan A:
300g tepung gandum
1 sudu besar  serbuk pati ayam 
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kari 
100g marjerin

Bahan B:
1 biji telur,dipukul sedikit
Daun kari

Acuan kueh siput

Cara membuat:  👉 Sila Tekan Video
1.Satukan semua bahan A,gaul mesra.Masukkan marjerin.Gaul lagi hingga bercampur rata.

2.Masukkan telur,uli lagi hingga menjadi doh lembut.Jika doh keras boleh tambahkan 65ml air,kemudian uli hingga sebati.

3.Ambil secubit doh dan tenyeh atas acuan kueh siput kemudian gentel menyerupai siput.

4.Sediakan kuali,tuangkan minyak secukupnya.Panaskan dengan api kecil.Setelah itu masukkan doh yang digentel tadi bersama sedikit daun kari.Goreng dengan api kecil hingga kueh masak. (Pastikan guna api kecil utk elak doh hangit)

5.Setelah masak,angkat dan toskan minyak

Nota dari makcik:
Time kita goreng kuih ni api kena kecil supaya kueh masak sekata dan tidak pahit,harap ada kesabarn ea.Saya goreng kueh ni lebih kurang 8 minit baru angkat dan toskan minyak.Rasanya lemak masin.Boleh la dari takda langsung kan...hihi.


Terima kasih sudi membaca😘

Daging Gulai Kawah

$
0
0
Salam😊
Macam terlebih rajin pulak sudah saya ni kan😊Baru ja upload kueh siput tiba-tiba muncul lagi dengan Daging Gulai Kawah.Gitu la sebenarnya kalau tidak sebok sangat buat tempahan habis semua buku resepi dibelek2.Kali ni daku masak Gulai konon mau hidang skali dengan roti naan,last2 malas ambil gambar roti naan pulak.Esok2 laitu baru tangkap gambal roti naan,kita bagi laluan pada Gulai dulu.



Daging Gulai Kawah
Resepi by Chef Hanieliza
Sumber:Senangnya Memasak Daging

Bahan A:
500g daging
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 cawan santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugur
2 sudu makan gula merah
2 cawan air
5 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B:
20 tangkai cili kering
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh jintan manis
1 sudu twh jintan putih
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas

Cara membuat:

1.Potong daging nipis dan kecil.Basuh kemudian tuskan.

2.Panaskan minyak kemudian tumiskan kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

3.Masukkab bahan B kemudian masakkan sehingga wangi dan pecah minyak.

4.Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sedikit air dan kacau rata.

5.Apabila sudah pecah minyak,masukkan santan,kerisik,asam gelugur,garam dan gula merah.

6.Masak sehingga mendidih dan pekat.Kacau sekali-sekala.

7 Tutup api dan hidangkan.

Ermmm sedap tau Daging Gulai Kawah ni.

Selamat mencuba😘


Terima kasih sudi membaca😊

PANCAKE KELEDEK UNGU

$
0
0
Salam😊
Harap semua sihat dan ceria selalu ea.Hari ni daku termasak keledek ungu untuk sarapan.Selera kampung gitew😊ada pula lebihan keledek tu jadi petang tadi kita buat la pancake untuk minum petang punya😍 ermmm gebu dan lembut texture pancake.Sedap dimakan begitu saja,tapi saya hidang dg saus coklat.Nyaman😍


PANCAKE KELEDEK UNGU
Resepi Original by Rahel Blogspot

Bahan:
200g keledek 
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum}
1 sudu teh baking powder}~~diayak
1/2 sudu teh baking soda}
4 sudu besar gula pasir
2 biji telur B
3 sudu besar minyak jagung

Caranya:

1.Keledek dikukus atau direbus hingga lembut.

2.Satukan keledek,santan dan telur.Blend hingga halus.

3.Tuang adunan keledek ke dalam mangkuk besar,masukkan gula,campuran tepung gandum,gaul rata.Akhir sekali,masukkan minyak.Digaul hingga sebati.

4.Panaskan kuali leper,tuang satu senduk adunan,bila adunan sudah berlubang2/berbuih teruskan masak sebentar,kemudian terbalikkan dan masak lagi sebentar.Angkat.


Sedap tau Pancake Keledek ni.Gebu dan lembut.Saya hidang dengan saus coklat ja.Korang cicah la dengan saus kegemaran korang.


Terima kasih sudi membaca😊




Viewing all 328 articles
Browse latest View live